Kelahiran bayi pelik dengan keadaan fizikal yang agak abnormal adalah satu lumrah namun bagaimana pulak bayi yang memiliki empat pasang tangan dan empat pasang kaki lebih-lebih lagi dikatakan jelmaan Dewa.
Kelahiran bayi yang pelik ini selamat dilahirkan Baruipur, timur India. Apa yang peliknya mengenai bayi lelaki ini adalah memiliki empat pasang tangan temasuk kaki yang tumbuh disebelah sisi kiri anggota badan bayi tersebut. Walaupun dilahirkan dengan keadaan yang agak abnormal namun bayi itu tetap sihat tanpa mengalami sebarang komplikasi kesihatan yang agak serius.

Bagi penduduk tempatan yang menganut agama Hindu, mereka percaya kelahiran bayi tersebut adalah jelmaan Dewa Hindu Brahma. Kerana kepercayaan yang agak kuat tentang jelmaan bayi Dewa ada yang sanggup datang dari jauh seperti dari barat Bengal semata-mata mahu melihat sendiri kelahiran bayi pelik tersebut.
Menurut pakar pula, kelahiran bayi itu adalah disebabkan proses tumbesaran bayi kembar dalam rahim yang tidak lengkap.
No comments:
Post a Comment