Friday, December 5, 2014

PELIK!! Isteri Tuntut Cerai Daripada Suami Kerana Filem "Frozen"..


Tokyo: Seorang wanita berusia 29 tahun menuntut cerai daripada suaminya kerana suaminya tidak sefahaman mengenai filem animasi Disney, Frozen.

Menurut laporan, seorang lelaki berusia 31 tahun yang tidak mendedahkan namanya menulis dalam forum nasihat perkahwinan Jepun dipanggil "Kikonsha No Hakaba" atau dalam Bahasa Malaysianya "Makam Orang Sudah Berkahwin" bahawa isterinya mengugut untuk meninggalkan beliau selepas beliau mengaku kepadanya bahawa dia tidak begitu terpesona dengan filem animasi "Frozen" seperti isterinya.

"Jika anda tidak boleh memahami apa yang menjadikan filem ini hebat, ada sesuatu yang tidak kena dengan anda sebagai seorang manusia!"cerita lelaki itu apa yang diperkatakan isterinya kepadanya. 

Beliau mengatakan isterinya telah berpindah keluar sejak persengketaan itu dan hanya akan berkomunikasi dengannya melalui ibu bapa mereka.

No comments:

Post a Comment