Wednesday, May 7, 2014

Giliran Rozita Che Wan Tayang Gambar Kontroversi Di Intagram


Giliran Rozita Che Wan Tayang Gambar Kontroversi Di Intagram

Minggu yang lalu, Diana Danielle dikritik hanya kerana memuat naik sekeping gambar mesra bersama dengan suaminya, Farid Kamil di Instagram. Walaupun tiada salahnya berbuat demikian kerana mereka adalah pasangan suami isteri yang sah, namun bagi sesetengah orang babak-babak mesra suami isteri tidak perlulah dikongsikan untuk orang ramai.

Diana tampil memberikan penjelasan yang dia hanya duduk di sebelah suaminya sahaja dan tiada apa yang salah pada gambar tersebut.

Baru-baru ini, Rozita Che Wan dilihat bagaikan mengikut jejak langkah Diana Danielle mempertontonkan gambar kemesraan mereka di Instagram.



Che Ta memuatkan sekeping gambar bersama suaminya Zain yang tidak berbaju sedang berbaring di katil dengan backgrund kelopak bunga mawar berbentuk dua hati.

Ada peminat yang seronok dengan sikap romantis pasangan tersebut. Namun ada juga yang menegur agar tidak berkongsikan gambar 'intim' untuk tatapan umum.

Che Ta dan Zain kini sedang bercuti di Koh Samui.

No comments:

Post a Comment