Laman Facebook Daily Traffic Report dalam kemaskini hari ini memaparkan penemuan mayat seorang bayi di dalam pam tandas di Klinik Kesihatan Butterworth.
Betapa kejamnya individu yang tergamak melakukan perkara begini.
Jika dikira dan dihitung hukuman setimpal yang ada di dunia ini pasti tidak ada hukuman lain yang terlintas di minda kita selain hukuman mati sama seperti apa yang dilakukan kepada bayi tidak berdosa itu.
Bagaimanapun, itu adalah pemikiran marah kita sebagai manusia, namun perbuatan kejam begini hendak diselesaikan dengan peruntukan undang-undang yang ada di negara kita.
Harapnya pihak berkuasa akan menyiasat dan mendakwa individu bertanggungjawab ke muka pengadilan dan mendapat balasan yang setimpal.
Menurut laman itu lagi, bayi itu dikatakan sudah pun mati beberapa hari lalu.
Dalam ruangan komen yang diterima daripada status berkenaan menunjukkan rasa marah para pembaca ruangan Facebook itu yang begitu marah dengan dengan perbuatan itu.
Bayi yang dilihat cukup sifat itu sudah pun meninggal dunia dengan warna kulitnya yang sudah bertukar kebiruan kerana kesejukan ekoran badannya direndam di dalam air dalam jangka masa lama
No comments:
Post a Comment