Wednesday, May 7, 2014

Kejam, Wanita Campak Bayi Dalam Tali Air Kini Diburu!

Kejam, Wanita Campak Bayi Dalam Tali Air Kini Diburu!


Kota Bharu : Polis sedang mengesan seorang wanita yang dipercayai mencampak bayi lelaki yang baharu dilahirkan ke dalam tali air di Jalan Dusun Muda di sini, kelmarin.

Mayat bayi yang masih bertali pusat ditemui dalam keadaan berbalut tuala dan dimasukkan ke dalam beg kain berwarna jingga, ditemui orang awam kira-kira jam 6 petang kelmarin.

Difahamkan, bayi berkenaan dilahirkan sekitar jam 12 tengah hari dan ibunya dipercayai sempat menyusukan anaknya berdasarkan laporan bedah siasat sebelum dicampak ke tali air berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman, berkata bayi berkenaan dipercayai mati selepas ditinggalkan di lokasi terbabit akibat lemas.

Katanya, berdasarkan maklumat orang awam, seorang wanita berjubah hitam dan bertudung merah, berada di kawasan berkenaan sambil memeluk sesuatu dipercayai bayi malang itu, sekitar jam 5 petang.

Bayi itu dilahirkan dalam cukup sifat dan mengalami sedikit pendarahan di belakang kepala, dipercayai akibat dicampak ke kawasan tali air itu, katanya di sini, semalam, Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) untuk bedah siasat.

No comments:

Post a Comment