Monday, October 27, 2014

DOA ITU JAMBATAN PENGHUBUNG. MENDEKATKAN YANG JAUH

Doa mendekatkan yang jauh, doa mampu mengubah dunia dengan izinNya.

“Kau tak penat berdoa.”
“Tak. Memang aku tak akan pernah penat doa.”
Walaupun Allah tak makbulkan sekarang kita perlu yakin Allah akan makbulkannya kelak. Jika Allah tak makbulkan doa kita tu, ada hikmah.
Dan kita pernah cari hikmah tu?
Atau kita duduk menyalahkan takdir. Atau kita mula putus asa dan hati mula bersangka-sangka pada ilahi.
Wahai jiwa,
Ketahuilah saat kita meminta sebuah kekuatan untuk melalui dunia yang penuh keseronokan ini, Dia kirim kan satu bentuk ujian. Dan kitamula berhenti berdoa dan berharap padaNya?
Ketahuilah hati,
Ujian itu adalah jawapan pada doa-doa yang kita pohon padaNya, tanya pada diri pernah fikir tak hikmah ujian yang ditimpakan pada kita?
Hakikat yang perlu kita terima, kita berjaya lalui ujian tu walaupun saat tu bibir menutur kata “aku tak mampu”.
Ya, kita mampukan, itu bermakna Allah dah jawab doa kita. Dia bukan sahaja bagi kekuatan, Dia bagi pakej, kesabaran, ketabahan serta keyakinan. Keyakinan padaNya.
Doa adalah satu senjata pada orang yang percaya pada Allah. Doa itu kekuatan disaat kita tak mampu nak buat apa-apa dah. Saya tak mampu nak jamin atau beri sebarang harapan.
Tapi satu je. Jangan lupa Doa. Harapan tu Allah yang jaga apabila ia simpul dalam doa. Selamat dari kecewa. Dan mengecewakan.Doa dalam hati pun cukup.
Allah dengar walau ia sekadar lintasan hati. Ingat tiada yang mustahil bila Allah kata kun fayakun.
Doa,

Itu jambatan pada hati-hati yang merindui,
Doa
Itu satu bentuk bantuan saat kau tak mampu berada disisi,
Saat kau tak mampu meleraikan masalahnya.
Terlalu mudah,
Namun mungkin kita terlalu angkuh,
Saat Dia tak memakbulkan doamu,
Ingatlah, sematlah dihati,
Bahawa Allah rindu mendengar rintihmu,
Pergilah,
Mohonlah,
Dia sedang menantimu.
Tak cakap orang, sebab “kita” tu termasuk dengan diri saya sendiri.Katahuilah bahawa yang menulis ini juga rapuh, juga terlupa bahawa DIA sedang menguji , DIA sedang menanti.
Jom rujuk surat cinta:
[2:186]
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamau mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.


No comments:

Post a Comment