Pasti ramai yang sudah tahu dan menatap gambar menarik majlis perkahwinan diraja Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama pasangan hidupnya, Cik Puan Khaleeda Bustamam yang berlangsung Jumaat lalu di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
Namun yang paling menarik, bekas 'teman tapi mesra' TMJ iaitu Nur Fazura tidak ketinggalan mengucapkan tahniah buat kedua mempelai. Pelakon dan model itu turut mendoakan mahligai yang dibina itu akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Untuk makluman, TMJ akan mengadakan majlis resepsi pada 8 November. Dijangkakan seramai 1,200 tetamu akan hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.
Persoalannya, mungkinkah Fazura akan turut hadir nanti?
Sekitar majlis kahwin TMJ Jumaat lalu
No comments:
Post a Comment